Informasi & Harga

Apa yang perlu anda ketahui dan fahami sebelum membuat tempahan banner bunting ?

Percetakan banner dan bunting secara umumnya sangat sesuai untuk pelbagai aktiviti pemasaran atau hebahan.

Banner dan bunting adalah satu alat pemasaran yang baik bagi menarik perhatian orang ramai yang melalui sesuatu kawasan dimana banner bunting digantung atau didirikan disamping kosnya yang rendah

Banner kebiasaannya mempunyai posisi cetakan melintang manakalan bunting adalah menegak.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum membuat tempahan banner bunting:

  •  SAIZ

 

Sebelum anda membuat tempahan banner / bunting / backdrop di mana-mana kedai printing, anda perlu ketahui asas tempahan iaitu saiz banner bunting yang anda mahukan.

 

Saiz standard banner ialah 10 X 4 (Lebar X Tinggi) bersamaan 40 kaki persegi. Walaubagaimapun, anda bebas memilih untuk pelbagai saiz mengikut kesesuaian anda.

 

Saiz standard bunting (menegak) ialah 2 X 6 ( Lebar  X Tinggi) bersamaan 12 kaki persegi. Anda bebas untuk memilih pelbagai saiz mengikut kesesuaian anda.

 

  • Saiz kiraan minima ialah 2×3 bersamaan 6 kaki persegi. Jika anda ingin membuat tempahan bunting bersaiz 2×2 (4 kaki persegi) , anda tetap akan dikenakan harga minima bagi 6 kaki persegi.

 

  •  KUANTITI TEMPAHAN

 

Kuantiti tempahan akan mempengaruhi saiz keseluruhan (kaki persegi) dan akan memberikan kesan kepada harga seunit banner atau bunting. Sifir mudah bagi banner bunting ialah :

 

“Semakin besar tempahan kaki persegi, semakin murah harga sekaki persegi”

Tempahan minima adalah satu unit.

 

  •  JENIS MATERIAL

Dalam industri inkjet printing (banner / bunting / backdrop / foam) , terdapat terlalu banyak jenis material.

 

Namun secara kebiasaannya, terdapat DUA material yang kerap digunakan…

 

Pertama adalah Tarpaulin. Kedua adalah Synthetic Paper.

 

Tarpaulin Sesuai dipasang di tiang – tiang lampu atau kegunaan aktiviti luar (outdoor)
Synthetic Paper Sesuai digantung di dalam kawasan tertutup (indoor) seperti pameran tertutup dalam dewan.

 

  • KEMASAN (FINISHING)

 

Banner dan bunting mempunyai kemasan yang pelbagai mengikut keperluan.

 

Banner Eyelet (lubang) – PERCUMA untuk 4 sahaja.

Tali – PERCUMA

Bunting Pipe PVC / Kayu – PERCUMA untuk 2 kaki lebar sahaja.

Eyelet (lubang) – PERCUMA untuk 4 sahaja.

X-Stand – Hubungi kami

T-Stand – Hubungi kami

Roll – Up – Hubungi kami.

 

*Sila hubungi 013 405 9983 bagi pertanyaan harga set kemasan bunting

 

  • RESOLUSI (Indoor Vs Outdoor)

 

Cetakan bagi banner bunting adalah tanpa had warna (full colour printing) dan kebiasaanya dicetak pada sebelah bahagian sahaja (single side printing).

 

Resolusi banner bunting yang terbaik adalah 720dpi (dot per inch) ke atas sehingga 1440dpi.

 

ELAKKAN membuat tempahan dengan resolusi di bawah 600dpi kerana ia akan mencacatkan kualiti warna dan gambar pada banner bunting anda.

 

Secara ringkasnya boleh dilihat dalam gambarajah di bawah :

 

RESOLUSI KEGUNAAN
720dpi Outdoor (Ketahanan material 2 tahun)
1200dpi Indoor (Ketahanan material 4 tahun)
1440dpi Indoor (Ketahanan material 4 tahun)
  • TEMPOH SIAP

Tempoh siap bagi setiap tempahan kebiasaannya mengambil masa 2-7 hari bekerja SELEPAS PENGESAHAN DESIGN / ARTWORK bergantung kepada kuantiti tempahan.

 

Jika anda memerlukan tempahan segera (URGENT), caj tambahan akan dikenakan bergantung kepada saiz dan kuantiti tempahan.

 

  • KIRAAN HARGA BANNER BUNTING dan Waktu Tutup Tempahan (Cut Off Time)

 

Tempahan BIASA Tempahan URGENT
 

Waktu tutup tempahan

 

Design / artwork yang telah siap dihantar sebelum jam 0300 petang

 

Design / artwork yang telah siap dihantar sebelum jam 1100pagi

 

Waktu siap

 

0600 petang keesokan hari

 

0600 petang hari yang sama

 

Harga

 

RM1.00 sekaki persegi Tarpaulin dengan resolusi 720dpi

 

RM2.50 sekaki persegi Tarpaulin dengan resolusi 720dpi

 

RM2.50 sekaki persegi

Synthetic paper dengan resolusi 1440dpi

 

 

RM5.00 sekaki persegi

Synthetic paper dengan resolusi 1440dpi

 

  • FAIL FORMAT :

Kami sedia menerima fail format design dalam format :

 

+Adobe Illustrator (Ai)

+Adobe Photoshop (Psd)

+PDF

+Jpeg.

Kesemua saiz fail hendaklah melebihi 1MB dan kurang daripada 20MB bagi mengelakkan cetakan pecah.

 

Leave a comment